Sudah sekian lama dicari, namun keberadaan usahawan kosmetik terkenal iaitu Sajat masih belum dapat dijejaki Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga kini.
Sampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar dia menyerah diri sahaja supaya isu itu boleh diselesaikan secara baik.
“Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS, dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang, dan saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini, apa yang saya lihat tindakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan.”
Advertisement
Malah, Dr. Zulkifli menyatakan bahawa Sajat tidak sepatutnya mengungkapkan kata-kata seperti mempunyai keinginan untuk keluar daripada agama Islam.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam.”
BACA: “Saya Dah Tak Nak Menjadi Orang Islam..” – Sajat Sepertinya Mahu Keluar Agama?
Sekadar untuk pengetahuan, usahawan tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuatkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.
Kemudiannya, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bertindak mengeluarkan waran tangkap ke atasnya selepas dia gagal menghadirkan diri semasa sebutan semula kes berkenan pada bulan lepas.
The post “Supaya Keadaan Tidak Menjadi Lebih Tegang..” – Menteri Agama Minta Sajat Serah Diri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments