Sejak kebelakangan ini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Noor Nabila kini sudah menemui cinta baru bersama Engku Emran. Disebabkan mereka sering menghabiskan masa berkayuh bersama, semakin kuat lagi spekulasi tersebut dalam kalangan netizen.
Enggan memberikan komen yang panjang, kakak Neelofa itu mengatakan bahawa dia akan menjelaskan mengenai hal tersebut nanti selain menegaskan bahawa membesarkan anaknya, Jebat Jayden ialah yang paling utama buat masa ini.
BACA: Ingin Fokus Jebat Jayden, Noor Nabila Belum Sedia Kongsi Hal Sebenar Dengan Engku Emran
Diam tak diam, rata-rata netizen percaya bahawa Noor Nabila dan Engku Emran benar-benar bercinta dek entri yang dimuat naik lelaki itu baru-baru ini.
Meskipun bukan gambar penuh, namun bayang-bayang wajah Noor Nabila yang dapat dilihat pada skrin radio kereta Engku Emran menguatkan lagi dakwaan tersebut.
“Choppy until you came along.”
Advertisement
Lebih menimbulkan pelbagai persoalan apabila ruangan komen pada entri itu ditutup oleh lelaki tersebut. Berkemungkinan tidak mahu orang ramai meninggalkan komen penuh spekulasi padanya.
View this post on Instagram
Kalau betul pun, apa salahnya kan?
The post Kongsi Foto Bayang-Bayang, Engku Emran Beri Klu Bercinta Dengan Noor Nabila? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments