Diakui memang seorang yang ceria dan menghiburkan, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila sebuah videonya tular di media sosial.
Dalam video tersebut, DSV tampil menjawab persoalan netizen tentang perancangannya untuk berkahwin sekali lagi.
Berseloroh, DSV berkata bahawa soalan mengenai perkahwinan tidak perlu ditanya kerana ianya akan membuatkan orang ‘bujang’ seperti dirinya makan hati.
View this post on Instagram
“Tak payah tanyalah soalan bila nak kahwin, sensitif untuk orang bujang macam saya dan bujang-bujang di luar sana. Makan hati tahu tak? Kita yang tak kahwin orang duk tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin, bila nak kahwin?”
Advertisement
Di penghujung video, DSV sempat memesan kepada netizen agar sentiasa menjaga suami di rumah sebelum pasangan mereka beralih arah kepada dirinya.
Namun begitu, lain pula reaksi netizen apabila mereka lebih tertumpu kepada dua bentuk cincin emas DSV yang bersaiz luar biasa.
Weh Beyblade jadi cincin ? pic.twitter.com/ENsStM3kg8
— ????? s???? ? (@atengsepet) March 4, 2021
Pelbagai komen muncul mengenai dua butir cincin tersebut seperti menyamakannya dengan keronsang dan permainan kanak-kanak, ‘BayBlade’.
Dia yang ditemui media usai sahaja video itu tular menjelaskan bahawa cincin tersebut merupakan rekaannya dan hanya dia seorang sahaja yang menggayakan cincin tersebut di Malaysia.
View this post on Instagram
“Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia. Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar.” ujarnya berseloroh.
The post Jawab Soalan Bila Nak Kahwin, Cincin ‘BeyBlade’ DS Vida Jadi Tumpuan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments