Tiada angin tiada ribut, peminat dikejutkan dengan beberapa foto perkahwinan selebriti Elizabeth Tan yang pada asalnya dimuat naik di laman Facebook milik ayahnya.
BACA: Tular Foto Di Media Sosial, Elizabeth Tan Sudah Berkahwin?
Penuh dengan persoalan, akhirnya Elizabeth Tan ataupun lebih mesra dipanggil Lizzy mengesahkan bahawa dia sudah pun bergelar isteri kepada ahli perniagaan bernama Siew Jim dalam satu majlis ringkas kelmarin.
Tidak berkongsi berita gembira itu dengan semua, penyanyi dan pelakon itu memohon maaf dan menganggap bahawa ia adalah perkara yang kecil sahaja.
“Saya memang cadang nak umumkan perkara ini apabila sudah bersedia. Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja.”
Menurutnya, majlis bermakna itu diadakan secara sederhana dan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) selain disertai oleh 10 orang tetamu sahaja.
Tambah Lizzy, dia merasakan bahawa perkahwinan itu adalah satu perkara yang sangat peribadi buatnya malah menegaskan bahawa dia masih lagi kekal sama.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media. Pada saya keputusan untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya.”
View this post on Instagram
Tahniah kepada pasangan ini!
The post Elizabeth Tan Akui Sudah Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments