Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri menerusi sebuah hantaran di Instagramnya memberitahu bahawa dia baru sahaja menunaikan zakat sambil memaparkan cek bayaran bernilai hampir RM54,000.
Dalam hantarannya itu, Aliff Syukri meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim dengan mengeluarkan zakat harta.
Dia dalam pada itu berharap agar usahanya itu dapat memudahkan urusan bukan sahaja untuk dirinya tetapi kepada mereka di luar sana yang memerlukan.
View this post on Instagram
“Semoga dengan zakat yang disalurkan di @zakatselangot ini boleh dapat meringankan beban untuk mereka yang kurang bernasib baik.” ujarnya di ruangan kapsyen foto tersebut.
Namun, di sebalik rasa syukur itu wujud pula individu-individu yang merasakan usahawan ini hanya ingin menunjuk-nunjuk dan seperti riak.
Meskipun begitu, kebanyakan peminat serta pengikut media sosial Aliff Syukri tampil meng‘backup’ personaliti media sosial itu dan mendoakan agar rezeki usahawan itu sentiasa dipermudahkan sentiasa.
View this post on Instagram
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa kekayaan yang dikecapi Datuk Aliff Syukri dan keluarga pada ketika ini adalah hasil daripada pembayaran zakat yang tidak pernah diabaikan figura terkenal itu.
Apa yang baik dijadikan teladan, yang tidak baik tidak diikuti lah kan?
The post Didakwa Riak Kerana Sering Tunjuk Nilai Zakat, Netizen Pertahan Datuk Aliff Syukri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments