Pelakon Fikry Ibrahim khabarnya terpaksa melupakan seketika dunia lakonan demi menjaga ibu, Bibi Zaleha,73, yang jatuh sakit akibat diserang angin ahmar, dua hari yang lalu.
Difahamkan pelakon itu bergegas pulang ke kampung halamannya yang terletak di Jitra, Kedah dan menunda segala komitmen kerja di ibu kota.
Menurut Fikry, ibunya kini sudah berada di rumah setelah dibawa pulang ke rumah namun keadaan kesihatan Bibi masih lemah.
View this post on Instagram
“Ketika doktor maklumkan ibu sudah tidak boleh bercakap dan perlu dijaga makan dan mandinya, saya ambil keputusan untuk berada di Jitra buat sementara waktu.”
Meskipun banyak tawaran kerja terpaksa ditolak ketika saat akhir, Fikry menjelaskan bahawa dia tidak punyai pilihan lain kerana hanya memikirkan keadaan ibu di rumah dan mahu bertemu dengannya secepat mungkin.
Tambahnya lagi, dia akan berada di Jitra untuk tempoh masa yang lama namun sekiranya ada tawaran kerja yang bersesuaian dia akan cuba membahagikan masa agar dapat meneruskan kelangsungan hidup bersama ibunya.
View this post on Instagram
Ujar pelakon drama Kau Yang Pertama ini lagi, fokus utamanya kini hanyalah untuk menjaga ibu dan turut memohon doa orang ramai agar mendoakan kesihatan Bibi agar kembali sihat dan pulih seperti biasa.
“Saya percaya dengan rezeki Allah. Walaupun saya terpaksa tolak beberapa tawaran drama tapi saya percaya Tuhan akan gantikan dengan perkara yang lebih besar” – Fikry Ibrahim
The post Demi Jaga Ibu Sakit Di Kampung, Fikry Ibrahim Lupakan Seketika Dunia Lakonan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments