Pelakon dan juga penyanyi, Marsha Milan mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa watak jahat dalam keadaan berhijab meskipun ada segelintir pelakon enggan melakukannya kerana bimbang membawa imej buruk kepada wanita muslim.
Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh,36, berkata apa yang dilakonkanya dalam sesebuah naskah drama hanyalah lakonan semata-mata dan sama sekali tidak menggambarkan mana-mana pihak atau individu.
Ujarnya lagi, ianya adalah hak individu buat mana-mana pelakon yang enggan membawa watak jahat yang bertudung.
View this post on Instagram
“Bagi Marsha, kita kena fikir daripada sudut lakonan..mungkin dalam dunia realiti, ada orang yang berhijab tetapi hati busuk tapi kita tidaklah potretkan itu. Marsha cuma lakukan watak ini dengan jayanya mengikut seperti mana yang dikehendaki pengarah.”
Ini berikutan peranannya dalam drama berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa yang meminta Marsha membawa watak antagonis seorang wanita bertudung labuh bernama Nurul Huda yang turut dibintangi Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose.
Tambah penyanyi lagu berjudul Bebaskan ini lagi, ini merupakan kali pertama dia membawa watak yang memerlukan dia memakai hijab dan menjadi antagonis.
View this post on Instagram
“Watak yang saya lakonkan dalam drama ini memang sama sekali berbeza dengan karakter sebenar saya. Susah saya nak kekalkan bentuk tudung sebab saya seorang yang hyper. Mungkin sebab saya belum biasa berhijab. Jadi agak sukar untuk kelihatan sentiasa kemas.”
Ujar Marsha lagi, dia juga sudah bersedia jika wataknya dalam drama berkenaan bakal dikecam netizen tidak lama lagi.
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa merupakan karya yang diarahkan oleh Along Kamaludin dan bakal ditayangkan pada 23 Mac ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria (104).
The post “Di Dunia Realiti, Ada Orang Berhijab Tapi Hati Busuk..” Marsha Milan Tiada Masalah Bawa Watak Jahat Berhijab first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments