Pelakon, penyanyi dan kini bergelar hos, Elly Mazlein didakwa hamil apabila tampil berbeza ketika menjadi pengacara program Muzikal Lawak Superstar 2 yang kini sudah memasuki minggu kelima.
Setelah agak lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen, Elly kini seperti memberi bayangan bahawa dia kini mungkin sedang berbadan dua.
Ini berikutan perlakuan Elly yang sering mengusap-usap perut ketika mengacarakan program lawak tersebut di samping rakan pengacara, Nabil Ahmad.
View this post on Instagram
Malah, ada juga peminat yang mendakwa Elly seperti mempunyai ‘baby bump’ ketika meninjau sebuah foto yang dimuat penyanyi lagu Dusta Cinta itu menerusi akaun Instagramnya.
Dia juga yang kelihatan lebih berseri daripada sebelumnnya tidak pula tampil memberi respon terhadap dakwaan netizen di ruangan komen foto terbarunya itu.
Perkembangan lain, personaliti popular yang kini berusia 40 tahun itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran permata hatinya, Putri Sara Sefhia yang kelima tahun.
Pada bulan Januari tahun 2019 yang lalu, Elly Mazlein telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan lelaki pilihan, Mohamad Azlan Che Noh.
The post Asyik Pegang Perut Dan Nampak ‘Baby Bump’, Elly Mazlein Didakwa Netizen Berbadan Dua first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments