Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Alia Nordin yang meluahkan kekecewaan sebagai seorang pesakit Covid-19 sebuah hospital kerajaan.
Menerusi hantaran tersebut, dia bersama anaknya yang baru berusia 2 bulan terpaksa dikuarantin di wad bersalin lama hospital itu.
Menurutnya, keadaan penempatan kuarantin untuk ibu dan bayi itu kotor serta uzur sehingga dia berasa seperti mahu melarikan diri daripada hospital itu.
8 jam yang sangat horror, nak pergi toilet pun takut. Pagi subuh baru berani pergi toilet.
Lebih menyedihkan, Alia berkata tiada ruang menyusu khas untuk ibu menyusukan bayi atau mengepam susu sehingga dia terpaksa melakukannya secara terbuka dihadapan rakan pesakit Covid lain.
Tiada sinki bersih dan sesuai untuk saya mandikan bayi. Peti ais yang disediakan, masyallah, nak simpan susu yang dipam dalam tu pun saya ragu-ragu.
Jelas Alia, dia tidak minta layanan kelas pertama dan tidak kisah dikuarantin di hospital kerajaan tetapi cukuplah sekiranya pihak kementerian menyemak dahulu fasiliti yang diberikan adalah dalam keadaan tersedia dan diyakini bersih untuk didiami oleh ibu dan bayi sepanjang dalam tempoh kuarantin.
Dalam pada itu, dia berharap agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil maklum akan isu ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Nak Pergi Tandas Pun Takut” – Penempatan Kuarantin Daif, Wanita Gesa KKM Perbaiki Fasiliti Hospital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments