#Hiburan: Hampir Jadi Mangsa Rogol Pemandu E-Hailing, Wanita Tekad Lompat Dari Kereta

Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna yang memaklumkan bahawa seorang wanita hampir menjadi mangsa rogol oleh seorang pemandu e-hailing ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Menerusi hantaran tersebut, rakannya terkejut apabila mangsa menyatakan dia hampir dirogol sebelum sempat lompat dari kereta itu.

Advertisement

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar pukul 9.01 pagi apabila rakan sekerja menerima panggilan video dari mangsa yang menangis-nangis ketakutan.

ehailing

Dia hampir dirogol oleh pemandu e-hailing yang memandu sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Menurutnya, mangsa turut mengalami kecederaan serta luka di beberapa bahagian anggota badan akibat melompat dari kereta yang sedang bergerak bagi menyelamatkan dirinya.

Kami juga sudah suruh mangsa buat laporan polis dan terus pergi klinik bagi membersihkan luka.

ehailing

Advertisement

Dalam pada itu, rakannya itu turut memberi pesanan kepada orang ramai agar sentiasa berhati-hati jika menggunakan perkidmatan e-hailing tersebut.

Menurut laporan Kosmo, pemandu e-hailing tersebut bertindak memegang peha mangsa dan diberi amaran oleh mangsa agar tidak mengulangi perbuatan itu sebelum mengeluarkan pisau kecil dari begnya dan meminta wang daripada mangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hospital
19 jam lalu

"Nak Pergi Tandas Pun Takut" - Penempatan Kuarantin Daif, Wanita Gesa KKM Perbaiki Fasiliti Hospital

The post Hampir Jadi Mangsa Rogol Pemandu E-Hailing, Wanita Tekad Lompat Dari Kereta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments