Setiap manusia mempunyai hobi, tidak kiralah aktiviti ‘outdoor’ ataupun hanya boleh dilakukan di dalam rumah.
Seperti perkongsian seorang wanita ini di Twitter, dia ada berkongsikan kisah suaminya yang terlalu emosi ketika bermain ‘video game’ sehingga skrin TV turut menjadi mangsa keadaan.
Kisah sedih ringkas semalam….. tiber takde TV for the next one month ????? Tu la sape suruh emo sgt main Fifa hahahahahahahaha pic.twitter.com/fGKJHj4l3Q
— Alia Zaferi (@aliazafff) April 9, 2022
Difahamkan suami wanita tersebut telah menghempas ‘controller’ miliknya dan ia melantun ke televisyen sehinggan mendatangkan kerosakan pada skrin alat elektronik berkenaan.
Kata wanita itu lagi, disebabkan kejadian itu, tak pasal-pasal mereka kehilangan sebuah TV selama sebulan sebelum membeli yang baru.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan kejadian itu dan turut berkongsikan pengalaman masing-masing bermain permainan video yang kadangkala mendatangkan stress kepada pemain.
Faham sangat bang lagi-lagi kalau passing tak sampai-sampai. Defending susah gila. FIFA 22 ni sumpah menguji kesabaran betul.
Kata netizen lagi, ada yang mengalami pengalaman serupa seperti wanita itu dan berasa sangat emosi kerana sudahlah kalah permainan, tapi barang rumah pula yang rosak!
The post (VIDEO) “Tak Pasal Tak Ada TV Sebulan” – Lelaki Emosi Main FIFA Sampai Pecah Skrin Bikin Netizen Terhibur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments