#Hiburan: “Yasin Perlukan Bantuan & Rehabilitasi, Bukan Hukuman” – Wardina Safiyyah

Terdahulu, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman telah di tahan akibat didapati positif THC dan mempunyai sejarah penglibatan dalam aktiviti dadah sejak 10 tahun yang lalu.

Penyanyi lagu mimpi laila itu juga jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori atau penjara seumur hidup dan tidak kurang dari 15 sebatan.

Advertisement

Sementera itu, peguamnya, Yusmadi Yusoff memaklumkan bahawa penyanyi itu menghidap penyakit ‘bipolar disorder’ tahap kronik sehingga boleh menjejaskan kesihatan dirinya.

wardina

Susulan itu, pelakon Wardina Safiyyah tampil meluahkan kekecewaan atas penahanan Yasin di laman Instagram miliknya.

Perogol dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati. Yasin tidak layak dipenjara seumur hidup mahupun hukuman gantung sampai mati.

Menurut Wardina, Yasin sepatutnya lebih layak untuk dirawat kerana penyakit kesihatan mentalnya kerana dia memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan dan bukannya hukuman.

Dalam pada itu, Wardina turut memaklumkan bahawa Yasin merupakan seorang rakan artis yang sangat berbakat, bijak, berani dan baik walaupun terdapat kekurangan.

Hati saya hancur kerana mereka yang tahu, dia tidak layak diperlakukan begini. Keluarkan dia dari penjara dan tolong rawat atau bantu dia.

Advertisement

Malah, pelakon itu turut mendoakan Yasin supaya menjadi lebih kuat, lebih baik, dan mampu mengharungi dugaan ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yasin Sulaiman Ganja
1 hari lalu

(VIDEO) Hidap 'Bipolar Disoder', Yasin Sulaiman Risau Jadi 'Crack' Dan Gila Ketika Di Kandang OKT

The post “Yasin Perlukan Bantuan & Rehabilitasi, Bukan Hukuman” – Wardina Safiyyah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments