Belum habis nampaknya kisah mengenai nasi beriani ‘lamb shank‘ cef Ammar yang tular sejak beberapa hari ini.
Semalam, tular pula mengenai kisah gerai milik cef Ammar didatangi pihak polis bantuan kerana kekecohan akibat pelanggan yang mengamuk kerana tukang masak itu telah mengutakaman ibu mengandung yang turut sama beratur panjang untuk membeli juadah berbuka puasa itu.
— brgsjks (@brgsjks) April 13, 2022
Dalam video tersebut, cef Ammar dilihat sedang menerangkan keadaan sebenar kepada pihak berkuasa mengenai kekalutan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen merasa kasihan dengan cef Ammar yang sering diuji dengan kelakuan pembeli yang biadap dan mementingkan diri sendiri.
Dia tak paksa pun kau beratur suruh beli. Kau nak beli nak rasa kau tunggu je la. Apa salahnya bagi keutamaan kat perempuan mengandung?
Apatah lagi hanya kerana memberi laluan terlebih dahulu kepada ibu mengandung, warga maya berpendapat pembeli nasi beriani Cef Ammar seharusnya bersabar kerana gerai tersebut sentiasa dipenuhi pelanggan pada setiap hari.
The post (VIDEO) “Sampai Kena Panggil Polis..”- Beri Keutamaan Pada Wanita Mengandung, Netizen Kata Pelanggan Tak Ada ‘Hati Perut” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments