Siapa saja yang tidak kenal dengan penyanyi hebat iaitu Aina Abdul dimana, kian hari namanya menjadi perhatian orang ramai yang bukan saja dari Malaysia, malah dari luar negara juga.
Baru-baru ini, setelah lama menunggu, akhirnya peminat penyanyi ini dapat membeli tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang diadakan di Istana Budaya bertarikh 25 dan 26 Jun depan.
Melalui laporan Gempak, konsert terbabit dianjurkan disebabkan sambutan yang diterima ketika A Night With Aina Abdul 1.0 yang dilangsungkan di Menara Ken TTDI, Petaling Jaya pada tahun lalu.
DAMN EXPENSIVE KONSERT AINA DI ISTANA BUDAYA! Girl the gap from the cheapest is more than 50% kot.
Level konsert CT dkt Axiata Arena harga nya. pic.twitter.com/KsMH4HPcK7
— Heartstopper (@kvmvl92) April 25, 2022
Biarpun ramai yang teruja, ada juga beberapa peminat yang merungut apabila melihat harga tiket yang dijual kerana mereka berangapan ianya terlalu mahal.
Mereka merasakan dengan meletak harga sedemikian, peminat yang berada di golongan B40 tidak mampu untuk menonton persembahan secara langsung Aina Abdul.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut membandingkan harga tiket penyanyi lagenda lain seperti konsert Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan Ella.
Hanya sekadar info, difahamkan harga tiket konsert yang dijual menerusi laman web yang paling rendah adalah RM113.6 dan yang paling tinggi adalah RM1246.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Mahalnya! Level Siti Ni” – Tiket Konsert Aina Abdul Harga Beribu, Netizen Bandingkan Dengan Siti Nurhaliza first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments