#Hiburan: “Tahu Risau, Tapi Harap Faham Situasi Saya Juga” – Aina Abdul Yakin Harga Tiket Berbaloi Dengan Persembahan

Baru-baru ini, penyanyi yang kian hari mengukir nama di industri nyanyian di Malaysia iaitu Aina Abdul telah dipersoalkan oleh netizen tentang harga tiket yang dianggap terlalu ‘marhaen’.

Menjawab persoalan ramai, Aina telah ditemu bual oleh mStar dan memberitahu harga tiket yang diletakkan itu berbaloi dengan persembahan yang akan ditampilkan ketika hari langsung.

Advertisement

Saya memahami situasi peminat yang meluahkan kerisauan, tetapi saya harap semua dapat memahami situasi saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Itu antara kata-kata beliau menjawab segelintir kritikan yang diterima olehnya baru-baru ini daripada netizen, di mana buat seketika nama Aina menjadi bualan ramai di platform media sosial serta berkata dia turut mengambil risiko mengunakan wangnya sendiri bagi menjayakan konsert ini.

Kalau dilihat komen-komen kecaman yang diterima, ramai membezakan konsertnya itu dengan penyanyi-penyanyi tersohor lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Yuna dan lain-lain.

Sekadar info, konsert A Night With Aina Abdul 2.0 bakal diadakan pada tarikh 25 dan 26 Jun depan, harga tiket bermula dengan RM102 hingga RM1199.

harga tiket konsert aina abdul
2 hari lalu

"Mahalnya! Level Siti Ni" - Tiket Konsert Aina Abdul Harga Beribu, Netizen Bandingkan Dengan Siti Nurhaliza

The post “Tahu Risau, Tapi Harap Faham Situasi Saya Juga” – Aina Abdul Yakin Harga Tiket Berbaloi Dengan Persembahan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments