Kes penderaan remaja kekurangan upaya, adik Bella masih menjadi ‘trending’ di media sosial sejak minggu lalu.
Masih rancak diperkatakan, tanda pagar #justiceforbella menajadi tumpuan netizen apabila ramai yang menantikan perkembangan kes dari hari ke hari.
Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilihat turut bersuara mengenai kes penderaan Bella malah turut menawarkan khidmat peguamnya demi keadilan kanak-kanak itu.
Berikutan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ada membuat kenyataan rasmi di Twitter dan memaklumkan untuk sama-sama bersolidariti dengan rakyat Malaysia serta akan bekerjasama dalam mendapatkan keadilan untuk Bella.
Namun begitu, netizen nampaknya tidak berpuas hati dengan tindakan KPWKM menerusi menterinya iaitu Rina Harun yang dianggap seperti menangguk di air yang keruh.
1. Merafak sembah dan Menjunjung setinggi-tinggi kasih DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda atas keprihatinan terhadap kes penderaan adik Bella dan usaha-usaha yang digerakkan dalam pembelaan keadilan buat adik Bella.
— Rina Mohd Harun (@RinaMohdHarun) April 17, 2022
Dedah netizen, kes penderaan Bella ini sudah terlalu lama berlegar di media sosial dan ada pertubuhan bukan kerajaan serta aktivis sosial yang cuba mendapatkan bantuan daripada KPWKM namun diabaikan atas alasan tidak mahu menganggu siasatan polis.
Dah kena seru baru menggelabah. Sebelum ni sibuk ke bazar la, bubur lambuk la. Anda tak peduli sehinggalah dipanggil untuk bertindak kan. Sampai kerabat kena panggil baru muncul. – netizen
Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa Kementerian di bawah Rina Harun sepatutnya menjadi yang pertama untuk bertindak bagi kes penderaan kanak-kanak OKU seperti adik Bella ini.
BACA: “Saya Akan Menawarkan Khidmat Peguam Secara Percuma” – Mahukan Keadlian, Giliran TMJ Bersuara
The post “Baru Nak Nampak Muka..”- Kenyataan Rina Harun Mengenai Isu #JusticeForBella Undang Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments