Masih ‘panas’ dengan isu guru membuat live ketika di dalam kelas, muncul lagi seorang guru lain pula yang mendatangkan kemarahan netizen kerana membuat satu video di platform TikToknya, baru-baru ini.
Video berdurasi 7 saat itu memaparkan seorang guru beberapa kali memandangkan kearah kamera lalu memandang ke hadapan menghadap ke kelas.
Difahamkan, rakaman dibuat semasa adanya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan perkara yang menarik perhatian netizen adalah kenyataan yang ditulis oleh guru wanita itu di dalam video berkenaan.
Setuju..Ni slh satu contoh. Kalau dpt kelas belakang mood xelok la? Entah apa2 tah ? pic.twitter.com/hJhm72sySD
— Sumaiyah Md.Isa (@princesssumai) April 13, 2022
Bila kau dapat relief (jadi guru ganti) kelas depan, auto mood elok.
Kenyataan tersebut dipertikai oleh netizen dan merasakan guru tersebut tidak sewajarnya berkata sedemikian.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut berpendapat guru terbabit tidak professional apabila menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.
Bukan saja warganet yang bersuara mengenai guru wanita ini, malah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq turut kesal dengan tindakan wanita itu dan berharap agar guru diluar sana tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan murid ‘kelas belakang’
The post “‘Mood’ Tak Elok Ke Ajar Kelas Belakang?” – Tindakan Guru Kata Lega Ajar Kelas Depan Dipertikai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments