#Hiburan: “Euww Makanan Tak Bersih!!” – Peniaga Bazar Disaman Biar Makanan Dihurung Lalat Dan Tak Ditutup

Sepanjang bulan puasa semestinya bazar Ramadan merupakan tempat yang seringkali dikunjungi oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama. Ini kerana beraneka makanan yang disajikan menjadikannya tumpuan bagi ramai orang.

Akan tetapi, perniagaan bazar yang dilakukan secara terbuka dan beramai-ramai ini kadang-kadang terdedah kepada isu kebersihan di mana sesetengah peniaga tidak menghiraukan perkara tersebut.

Advertisement

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah membuat pemantauan dan mendapati pelbagai kesalahan dilakukan oleh pihak peniaga.

Disebabkan itu, 25 notis telah dikeluarkan kepada peniaga Bazar Ramadan Sungai Dua.

Pemantauan mengejut yang dilakukan menerusi OPS Bazar mendapati bahawa tahap kebersihan yang dipraktikkan oleh pengendali makanan hanyalah pada tahap memuaskan.

Advertisement

Menurut laporan daripada Sinar Harian, Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Mohd Wazir Walid mendedahkan antara kesalahan yang dilakukan oleh peniaga ialah membiarkan makanan dihurung lalat dan juga menggunakan telur ayam yang masih lagi mempunyai kesan tahi.

Tambahnya, kesalahan itu adalah serius dan boleh menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan yang datang membeli. Hasil juga mendapati bahawa lebih 30 peniaga tidak mengambil suntikan tifoid atas alasan berniaga selama sebulan

Ada juga dalam kalangan peniaga yang tidak menjaga pemakaian perlindungan diri (PPE) dalam mengendalikan makanan seperti memakai topi dan apron walaupun perkara tersebut adalah asas dalam berniaga makanan.

ayam goreng busuk
2 minggu lalu

“Jangan Aniaya Orang”- Jual Ayam Goreng Tak Basuh, Netizen Mual Tengok Makanan Di Bazar Ramadan

The post “Euww Makanan Tak Bersih!!” – Peniaga Bazar Disaman Biar Makanan Dihurung Lalat Dan Tak Ditutup first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments