#Hiburan: “Siapa Dia Biarlah Rahsia..” – Fizi Ali Akui Sedang Mengenali Seseorang, Bersedia Untuk Ke Fasa Lebih Serius

Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali mengakui kini sedang mengenali seseorang dengan lebih rapat setelah empat bulan bergelar duda anak satu.

Namun begitu, ujar Fizi, dia dan wanita itu masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing dan tidak menolak jika dipertemukan jodoh dengan individu itu.

Advertisement

Katanya lagi, dia masih belum memikirkan untuk mempunyai hubunganyang serius kerana hati masih kosong berikutan anak yang berada jauh.

Buat masa ini, apa yang ada saya hanyalah kerja dan kawan. Ini bukan rebound tapi kami memang sekadar kawan sahaja. Kalau nak ke arah lebih serius itu, Alhamdulillah.

Dalam pada itu, Fizi enggan mendedahkan siapakah gerangan wanita itu dan tidak mendedahkan lebih lanjut di mana mereka berkenalan.

Advertisement

Terdahulu, Fizi yang mendirikan rumah tangga bersama aktres Shakilla Khoriri,32 telah mengumumkan bahawa mereka berdua telah mengambil haluan masing-masing pada penghujung tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

fizi
2 bulan lalu

"Cepatnya 'Move On'.." - Baru Beberapa Bulan Bercerai, Fizi Ali Dah Jumpa Yang Baru?

The post “Siapa Dia Biarlah Rahsia..” – Fizi Ali Akui Sedang Mengenali Seseorang, Bersedia Untuk Ke Fasa Lebih Serius first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments