Setelah sekian lama tidak berjumpa dengan anak-anak perempuannya, pelakon Fiza Halim ada berkongsikan detik gembira dirinya bersama anak dengan memuat naik foto meluangkan masa dengan mereka.
Hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai, bukannya dari sudut positif, malah dari sudut negatif kerana ada segelintir menegur tentang aurat anak-anak perempuannya itu dengan menayangkan rambut mereka di khalayak ramai.
Tidak mendiamkan diri, Fiza bersuara dengan membuat IG Story berkata dia tidak memerlukan ustaz ataupun ustazah jadian di ruangan komennya itu.
View this post on Instagram
Saya kongsi gambar anak-anak hanya untuk peminat yang rindukan perkembangan saya dan anak-anak. Bukan untuk komen jadi ustazah dalam Instagram saya.
Dalam pada masa yang sama, pelakon itu turut memohon agar netizen tidak mengecilkan hati dia serta anak-anaknya dengan meninggalkan komen-komen negatif.
Tambahannya, jika benar ingin menegur, Fiza meminta mereka untuk terus mesejnya secara peribadi.
Sekadar info, kedua-dua anak perempuannya itu hasil dari perkahwinan Fiza bersama Ahmed Farriq Zainal Abidin, dimana seorang berumur 14 tahun dan lagi seorang berumur 13 tahun.
The post “Saya Tak Perlu Ustaz & Ustazah Jadian!” – Netizen Kecam Tayang Aurat Anak, Fiza Halim Bersuara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments