#Hiburan: (VIDEO) “Dia Dah Block Pakcik” – Warga Emas Menangis Tanggung Rindu Kerana Dibuang Zuriat Sendiri?

Seorang lelaki warga emas dilihat menangis syahdu kerana terlalu sedih merindui anak-anaknya yang jauh.

Video memaparkan lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Anas Ariqin itu turut juga memanjatkan doa agar dipertemukan semula dengan anak-anak yang ‘membuangnya’ sejak sekian lama.

Advertisement

Lelaki itu yang menangis teresak-esak berkata bahawa dia cuba melupakan apa yang berlaku dan tertanya-tanya mengapakah mereka sanggup mengabaikan dirinya.

Jelas Anas, dia ditinggalkan isteri ketika dirinya koma selama 53 hari dan semenjak itu, dia juga tidak berhubungan dengan anak-anaknya.

Advertisement
warga emas rindu anakSumber : Tiktok  

Dulu waktu sahur atau berbuka selalu anak abah akan call ingatkan abah jangan lupa makan ubat. Sekarang sepi hilang semua tu. Semoga anak-anak abah sihat ya.

Lebih memilukan apabila lelaki itu mendakwa anak-anaknya telah menyekat nombor telefon bimbitnya.

Dia dah blocked semua nombor pakcik ni..dia malu jumpa pakcik.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video tersebut, ramai netizen tampil menzahirkan rasa simpat dan berharap agar takdir dapat menyatukan lelaki itu dengan anak-anaknya pada suatu hari nanti.

bazar ttdi kena boikot
3 jam lalu

(VIDEO) Akibat Jual Makanan Harga ‘Cekik Darah’, Gerai Viral Jual Nasi Beriani TTDI Tiada Pelanggan

The post (VIDEO) “Dia Dah Block Pakcik” – Warga Emas Menangis Tanggung Rindu Kerana Dibuang Zuriat Sendiri? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments