Baru-baru ini, nama Datuk Seri Zahid Hamidi telah dikaitkan dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, namun dinafikan oleh anak perempuannya iaitu Nurulhidayah.
Selepas anaknya menafikan hal berkenaan, kali ini giliran Zahid Hamidi pula menafikan tuduhan itu dengan membuat satu hantaran di laman Facebooknya.
Kesal dengan tuduhan yang diterima, beliau menegaskan tidak akan sesekali melindungi Siti Bainun yang ketika ini merupakan OKT.
Dalam pada masa yang sama, Zahid Hamidi turut berharap agar kebenaran berpihak kepada adik Bella yang teraniaya serta didera hingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Tambahannya lagi, beliau berharap agar masyarakat untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita yang tidak sahih serta membuat penyelidikan sendiri agar tidak menjadi fitnah.
Menjawab isu bergambar bersama Siti Bainun, Zahid berkata dia tidak akan menolak untuk bergambar dengan siapa-siapa dan dirinya bergambar bersama wanita itu tidak bermakna dia mempunyai ‘hubungan istimewa’ bersama hingga sangggup melindunginya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Hentilah Fitnah Saya..” – Zahid Hamidi Nafi Ada Cubaan Lindungi Siti Bainun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments