Susulan kes kemalangan yang melibatkan basikal lajak lima tahun yang lalu, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan kerani wanita, Sam Ke Ting atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan berlakunya kematian lapan remaja penunggang basikal.
Melalui laporan Harian Metro, Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam penghakiman berkata, Sam tidak dapat mengemukan pembelaan ketika peringkat pendakwaan perbicaraannya.
Difahamkan juga, kenyataan tidak bersumpah wanita berkenaan dari kandang adalah penafiaan ‘kosong’ semata-mata selepas Mahkamah Tinggi meminta membela diri sendiri.
Responden seharusnya memandu keretanya dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu dengan laju sehingga menyebabkan kemalangan itu.
Tambahan lagi, beliau turut berkata responden seharusnya sedar kawasan yang dilalui tahap pencahayaannya tidak terang pada 3.20 pagi, jadi responden perlu tahu risiko yang boleh berlaku seandainya kereta dipandu lebih 50 kilometer sejam.
Sekadar info, kelmarin Mahkamah Tinggi telah mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mahu mengekalkan keputusan membebaskan Sam Ke Ting daripada kesalahan memandu laju, hingga mengakibatkan berlakunya kematian lapan remaja berbasikal lajak, pada tahun 2017.
The post “Dia Sepatutnya Pandu Berhati-Hati” – Terbukti Bersalah, Mahkamah ‘Tolak’ Keputusan Bebaskan Sam Ke Ting first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments