#Hiburan: Selain Boleh Dimakan, Ini Manfaat Kulit Pisang Yang Mungkin Anda Belum Tahu!

Buah pisang sememangnya mengandungi pelbagai khasiat seperti bertindak sebagai pelawas kerana kandungan seratnya yang tinggi selain mengembalikan tenaga.

Tapi tahukah anda, selain buah pisang, kulitnya juga mempunyai banyak manfaat buat tubuh badan.

Advertisement
kulit pisangSumber : Google  

Menurut penelitian yang diterbitkan dalam proses Safety and Environmental Protection, kulit pisang mengandungi kandungan serat yang tinggi yang dapat melancarkan pencernaan, mengurangkan risiko penyakit diabetes, barah tertentu dan juga penyakit kronik yang lain.

Selain itu, kadar vitamin B6 juga tinggi dalam kulit pisang dan dapat meringankan beberapa gejala depresi dan gangguan emosi.

Kandungan lain dalam kulit pisang adalah seperti vitamin B12, magnesium, potassium, fiber dan juga protein.

smoothies pisangSumber : Google  

Cara untuk memakan kulit pisang juga perlu diawasi kerana sesetengah penanaman buah itu menggunakan racun perosak secara intensif yang berkemungkinan membuatkan ia melekat pada kulit pisang.

Advertisement

Anda boleh mengambil kulit pisang dengan cara dimasak dan dibekukan sebelum  dijadikan smoothies bersama buah-buahan yang lain.

Selain itu, anda boleh membuat kek atau roti pisang dengan cara mengambil buah pisang yang tidak dikupas kulit dan kemudiannya dibekukan buat seketika.

Pisang yang beku itu hendaklah dicairkan sehingga menjadi bubur sebelum dicampurkan dalam adunan kek atau roti tadi.

Print sijil peperiksaan
2 hari lalu

Nak 'Update' Resume Tapi Sijil Peperiksaan Dah Hilang? Ikuti Saja Langkah Mudah Ini!

The post Selain Boleh Dimakan, Ini Manfaat Kulit Pisang Yang Mungkin Anda Belum Tahu! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments