Malang tidak berbau, seorang wanita dilaporkan berhadapan saat cemas apabila keretanya tiba-tiba sahaja bergerak mengundur melanggar Proton Saga yang berada di belakang.
Difahamkan, ketika kejadian wanita itu telah memberhentikan kenderaannya di tepi jalan untuk singgah di sebuah gerai.
Hati-hati bila tinggal kan anak dlm kereta. Kene peka, jgn mudah percaya dengan anak kecil. Katanya Anak main Gear ? pic.twitter.com/ajr3qWQ1Qm
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 6, 2022
Keretanya yang bergerak ke belakang itu cuba ditahan oleh wanita itu menggunakan kedua-dua belah tangannya sehingga nyaris tersepit.
Dalam satu tangkap layar komen, wanita itu menjelaskan bahawa dia ada meninggalkan anak kecil di dalam kereta tersebut semasa kejadian itu berlaku.
Dia juga mendakwa bahawa telah meletakkan gear ‘P’ dan ‘handbrake’ sudah pun ditarik sebelum dia keluar untuk ke gerai tersebut.
Berasa panik melihatkan kejadian itu, wanita itu tidak berfikir panjang dan cuba untuk berdiri di belakang keretanya dengan tujuan untuk menahan kereta itu daripada terus mengundur.
Warga maya yang melihat video tersebut tampil memberi pesanan kepada ibu bapa di luar sana agar berhati-hati dan tidak membiarkan anak kecil berseorangan dalam kereta tanpa pengawasan orang dewasa.
The post (VIDEO) “Tiba-Tiba Mengundur” – Tinggal Dalam Kereta, Ibu Cemas Anak Main ‘Gear’ Kereta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments