Menjelangnya hari lebaran, pastinya ada cerita-cerita lucu mengenai mereka yang tersilap membeli baju raya dan sebagainya.
Seperti satu perkongsian oleh seorang gadis ini, dia ada mencuba sepasang baju raya yang terlihat cantik di iklan media sosial dan sudah teruja untuk ‘OOTD’ di pagi raya nanti.
Namun, setelah mencubanya, gadis itu terkejut kerana baju tersebut tak ubah seperti baju pesakit di wad hospital dan ia juga telah membuatkan ramai netizen terhibur.
Dalam video TikTok tersebut, gadis itu dilihat sedang mencuba baju raya dalam ‘fitting room’ di sebuah butik.
Baju berwarna hijau itu menurutnya cantik namun setelah mencubanya, ia seakan-akan baju yang dipakai pesakit di wad.
Video tersebut kemudiannya menjadi tular dan rata-rata netizen turut berseloroh dan bersetuju mengenai rekaan baju tersebut.
“Kak, hospital tanjung rambutan ada kosong lagi, boleh join raya sekali.” komen seorang netizen.
Comel je kan!
The post “Tengok Iklan Lain” – Teruja Nak OOTD Raya Sekali Baju Sampai Dah Macam Pesakit Hospital Psikiatri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments