#Hiburan: “Belum Selesai Lagi” – Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Haramkan ‘Post’ Gambar Anak Di IG

Sekian lama tiada berita membangkit, rupa-rupanya kemelut diantara pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana Saleh masih belum berakhir biarpun kedua-dua pihak sudah bahagia dengan pasangan sendiri.

Kerana masing-masing berbalas kenyataan di media sosial mengenai soal anak-anak, ia kembali mendapat perhatian netizen.

Advertisement

Melalui temubual bersama pihak mStar, Izreen memberitahu Intan tidak membenarkan dirinya untuk memuat naik foto beliau bersama anak-anak tiri di Instagram.

Dia juga haramkan saya post gambar anak-anak dia di IG saya.

Advertisement

Konflik bermula apabila Intan membangkitkan hal berkenaan dan mereka berdua memilih untuk luahkan serta berbalas rasa tidak puas hati di IG masing-masing.

Sebelum ini, Izreen ada membuat satu hantaran bahawa dia sentiasa terbuka untuk berjumpa dengan bekas madunya itu bagi menyelesaikan konflik yang berlaku di antara mereka berdua selama ini.

Sekadar info, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih mesra dikenali sebagai Ude pada tahun 2017, namun ketika itu Intan masih sah bergelar sebagai isteri pertama dan bermula dari itu, pergaduhan di antara dua wanita ini berbangkit.

Intan Saleh
11 bulan lalu

Intan Saleh Akui Masih Belum Bersedia Maafkan Izreen Azminda

The post “Belum Selesai Lagi” – Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Haramkan ‘Post’ Gambar Anak Di IG first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments