#Hiburan: “‘Excited’ Sampai Lupa Privasi” – Teruk Dikecam, Adik Wanita Rakam Tokti & Aafiyah Mohon Maaf

Baru-baru ini, tindakan seorang wanita membuat video TikTok bertemu dengan penyanyi kesayangan Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan anaknya, Siti Aafiyah telah menarik perhatian netizen dan rata-ratanya kurang senang dengan perbuatannya.

Dapat dilihat dalam video terbabit, wanita itu bertemu dengan Siti atau mesra dikenali sebagai Tokti semasa penyanyi itu sedang mengeluarkan wang di sebuah mesin pengeluaran wang (ATM).

Advertisement

Pihak mStar ada menemu bual adik kepada wanita berkenaan untuk menanyakan maklumat lanjut dan beliau berkata kakaknya tiada niat untuk menganggu privasi ibu dan anak itu.

Katanya lagi, pada mulanya kakaknya sama sekali tidak perasan itu adalah penyanyi tersohor itu, namun selepas melihat Aafiyah, baru dirinya sedar dan mengambil video tanpa sebarang niat lain.

Tambahannya lagi, niat kakaknya mengambil video Tokti bersama anak perempuannya itu hanyalah sekadar kenangan dan memuat naik ke platform TikTok kerana ingin berkongsikan momen berjumpa dengan wanita hebat itu.

Dalam pada masa yang sama, adik kepada wanita itu turut memohon maaf seandainya tindakan kakak beliau merakam serta memuat naik video itu membuat ramai netizen berasa kurang senang.

1 hari lalu

"Dah Macam Nak Culik Pun Ada" - Netizen Kecam Wanita Ganggu Privasi TokTi, Siap Nampak Skrin ATM

The post “‘Excited’ Sampai Lupa Privasi” – Teruk Dikecam, Adik Wanita Rakam Tokti & Aafiyah Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments