Siapa sangka niat sebuah keluarga untuk menziarahi kubur berakhir dengan tragedi apabila mendapati kenderaan yang dinaiki telah dirompak.
Dikatakan kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Klang semasa ahli keluarga berkenaan sedang menziarahi kubur dan mendapati tingkap kereta telah dipecahkan selepas selesai menziarah.
Menerusi perkongsian Fathiah Mohd di laman sosial Twitter, mangsa tidak sengaja tertinggal beg tangan di dalam kereta dan perompak memecahkan tingkap kereta mangsa untuk mengambil beg tangan.
Allahuakhbar. Kami nak pergi kubur je tapi kereta kena rompak. Astaghfirullahalazim. Saya minta tolong jasa warga twitter tolong cari kerja siapa ni. Dalam bag ada macam2 document penting. Tolong share… pic.twitter.com/rwvjwQFkWg
— Bulan (@fathiahmohd) April 29, 2022
Berdasarkan maklumat yang diberi, wang berjumlah RM8000 berserta beberapa dokumen penting dapat dilarikan oleh perompak dalam kejadian berikut.
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah terhadap perompak dan berasa simpati dan berharap agar mangsa tidak meninggalkan sebarang jenis barang berharga di dalam kereta kerana perbuatan itu berbahaya dan boleh menarik aktiviti-aktiviti jenayah.
The post (VIDEO) Kereta Kena Rompak Ketika Ziarah Kubur, Duit RM8000 Dokumen Penting Semua Lesap first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments