Seorang pengguna media sosial Twitter semalam meluahkan oerasaan hairan dan kecewa dengan sistem pengurusan hospital awam di Malaysia yang masih menyimpan rekod kesihatan pesakit secara bertulis ataupun ‘hard copy’.
Kata individu itu, setiap kali dimasukkan ke hospital, sejarah pesakit akan ditanya berulang kali dan dia turut tertanya-tanya keperluan untuk mencatat segala rekod secara manual dan bukannya sistem komputer atau sebagainya.
Lepas tu tak habis2 tanya senarai ubat. Dia yg bg ubat dia pulak tanya kita ?
Satu hari sampai 2 doktor call tanya waris soalan yg sama.
Masyallah. Apa yang susah sangat nak sediakan sistem dalam talian tu?
Adui. Menyusahkan tau tak
— Geegee_ ?? (@GeegeeAhmad) April 10, 2022
Adunya lagi, pegawai perubatan yang bertugas juga sering bertanyakan senarai ubat dan kadang-kala menyusahkan pesakit dan juga waris.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya turut berkongsikan pengalaman mereka berhadapan situasi hampir sama dengan individu tersebut.
Namun, ada juga yang menjelaskan sebab mengapa soalan-soalan sama diajukan kepada pesakit ataupun digelar ‘history taking’.
Jelas seorang individu dalam hantaran yang lain, ‘history taking’ pesakit diambil kerana rekod yang diambil tidak akan berada di setiap hospital kerajaan yang lain.
The post “Dah 2022 Kot..”- Rekod Kesihatan Pakai Hard Copy, Netizen Hairan Hospital Kerajaan Masih ‘Out-To-Date’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments