Youtuber terkenal, Isa Isarb baru-baru ini ada mencuri tumpuan netizen apabila dia didakwa telah menerima tajaan daripada sebuah syarikat judi untuk video-video terbitannya di YouTube.
Dalam beberapa video YouTube Isa Isarb, dia mengatakan bahawa video itu telah ditaja oleh syarikat M88 di mana ia memang diketahui merupakan sebuah syarikat perjudian.
Sehubungan dengan itu, ramai netizen mempersoalkan tindakan YouTuber itu yang telah bersetuju menerima ‘sponsor’ daripada syarikat itu sekaligus telah mempromosikan kegiatan haram di sisi agama Islam itu kepada orang ramai.
Teruk sangat dah mamat Isa Isarb ni,
Sampai terima company judi untuk sponsor video mereka.
Ini bukan iklan youtube, tapi memang dia sebut video di sponsor oleh M88.
Dia selidik tak M88 ni buat apa? Ke main terima sesiapa untuk sponsor?
Bawah ni dalil: pic.twitter.com/1bUfcrl1aj
— uzair yusof (@uzairyusof) April 26, 2022
Terdahulu, Isa Isarb juga dikatakan telah menerima tajaan daripada syarikat Forex dan turut dikecam warga maya sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meluahkan rasa tidak puas hati mengenai tindakan Isa Isarb yang dirasakan dapat mempengaruhi orang ramai khususnya anak muda untuk terlibat dalam aktiviti perjudian.
Serious la main ambil je sponsor. Company perjudian tu. Tolonglah lebih alert lepas ni. Ramai yang tengok video kau takkan nak tunjuk nilai yang tak baik?
Nasihat netizen lagi, seorang ‘influencer’ media sosial haruslah menunjukkan ‘content’ yang lebih bermanfaat dan bukannya cara yang seperti ini sehingga membabitkan hukum halal dan haram dalam agama.
The post “Teruk Sangat Dah..” – Netizen Kecam Youtuber Terkenal Terima ‘Sponsor’ Syarikat Judi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments