Baru-baru ini viral tentang Nasi Arab Lamb Shank yang dijual oleh Chef Ammar di mana dia dikatakan menjual makanan itu dengan harga yang sangat mahal.
Pada pendapat sesetengah rakyat Malaysia, RM50 untuk nasi arab adalah sangat mahal dan tidak berpatutan dan ada juga yang bersetuju dengan harga tersebut kerana bahan-bahan yang digunakan untuk penyediaan makanan itu adalah tidak murah.
Kali ini, viral sekali lagi Chef Ammar di TikTok apabila seorang pelanggan tidak berpuas hati kerana tidak dapat membeli Nasi Arab lamb shank yang dijual di bazar Stadium Shah Alam.
Video TikTok berdurasi 21 saat menunjukkan pelanggan itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan memberitahu Chef Ammar bahawa dia perlu mengehadkan pembelian kepada 10 pax seorang dan memberi peluang kepada orang lain untuk membeli.
“Rasanya Chef Ammar lebih berhak buat decision dia sendiri” ujar seorang pengguna TikTok di ruangan komen tentang isu itu.
Rata-rata netizen juga memberikan pendapat supaya datang lebih awal agar tidak ketinggalan membeli makanan yang sedang laku itu dan tidak perlu mencetuskan isu hanya kerana sebungkus Nasi Arab.
So lain kali kalau nak beli Nasi Arab tu datanglah awal ye guys…
The post (VIDEO) “First Come First Serve La…”- Pelanggan Tak Puas Hati Kerana Tidak Dapat Beli Nasi Arab Chef Ammar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments