#Hiburan: Imam Berjubah ‘Terciduk’, Ditangkap Merempit Lepas Selesai Imamkan Solat Terawih

Biasanya selepas solat sunat terawih ramai orang akan singgah ke gerai atau restoran untuk moreh bersama kawan-kawan atau keluarga. Tetapi lain ceritanya bagi imam di sebuah surau Rantau Panjang, Klang.

Imam tersebut telah dicekup merempit dalam Operasi Khas Samseng Jalanan. Imam berusia 20 tahun itu dikatakan menunggang secara berbahaya dengan memakai jubah.

Advertisement

Menurut laporan Sinar Harian, imam itu merupakan bekas pelajar tahfiz dan baru sahaja selesaikan mengimamkan solat terawih di sebuah surau di Klang.

Dia merupakan antara lapan individu yang ditahan berusia 14 hingga 24 tahun selepas dikesan menunggang motosikal dalam keadaan yang berbahaya. Semua suspek yang diberkas adalah dari sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Nadzri Hussain berkata penunggang motosikal didapati melakukan aksi ‘Superman’ sambil menunggang dalam kelajuan tinggi.

Nadzri juga menyatakan bahawa operasi khas itu dibuat Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas). Kes itu disiasat mengikut Seksyen 28A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

jemaah masjid
6 hari lalu

“Berlapang Dadalah..”- Ada Jemaah Tak Senang Budak Berlari Ketika Terawih, Ini Respon Imam Masjid Putrajaya

The post Imam Berjubah ‘Terciduk’, Ditangkap Merempit Lepas Selesai Imamkan Solat Terawih first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments