#Hiburan: “Saya Perlu Post…” – Peminat Suruh Hormat Bulan Puasa, Eyka Farhana Jelaskan Pasal ‘Posting’ Gambar Seksi

Bukan sekali tetapi berkali-kali ditegur kerana dikatakan berpakaian terlalu seksi namun pelakon Eyka Farhana akui selesa menjadi diri sendiri.

Eyka Farhana
3 bulan lalu

Pakai Gaun Seksi, Eyka Farhana Di'tarbiah' Netizen Agar Tutup Aurat

Advertisement

Terbaru, pelakon berusia 27 tahun itu sekali lagi mendapat perhatian selepas memuat naik gambar dirinya menggayakan gaun hitam di Instagram.

Beberapa keping gambar itu didapati telah pun dipadamkan di akaun Instagram Eyka namun peminat sempat menegurnya kerana bahagian hadapan gaun tersebut mendedahkan bahagian atas badannya.

Ramai memberikan komen dan berkata Eyka atau namanya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi tidak menghormati bulan Ramadan.

Selepas gambarnya menjadi perbualan, Eyka tampil memberikan penjelasan dan menurut mStar, dia memaklumkan bahawa ia adalah berkaitan komitmen kerja.

Gambar itu diambil sebelum bulan Ramadan dan saya perlu post sebab ia melibatkan kerja. Saya masih tahu untuk menjaga batas di bulan Ramadan.”

Jelasnya lagi, dia tidak mahu berpura-pura di sebalik pakaian hanya bagi mengikut kemahuan masyarakat. Malah katanya, dia sememangnya sebegitu sejak dari dulu.

Saya tak mahu orang kata fake kerana melihat penampilan di media sosial berbeza dengan diri saya sebenar.”

The post “Saya Perlu Post…” – Peminat Suruh Hormat Bulan Puasa, Eyka Farhana Jelaskan Pasal ‘Posting’ Gambar Seksi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments