#Hiburan: Menangi Makeover Rumah Bernilai RM50,000, Siap Perabot IKEA!

Rumah bukan sekadar tempat tinggal, sebab tulah ada ungkapan ‘Rumahku, Syurgaku’. Rumah tidak hanya berfungsi sebagai tempat tidur, malahan tempat untuk berkasih sayang sekeluarga, meluangkan masa bersama dan mencipta kenangan.

Membina rumah yang selesa adalah impian setiap orang. Dari hiasan dalaman sehinggalah ubah suai dalam rumah, semuanya penting untuk mendapatkan kediaman idaman.

Advertisement

Ada satu cara untuk merealisasikan rumah idaman satu realiti iaitu dengan Livspace. Livspace adalah platform rekaan dalaman dan ubah suai nombor 1 di Asia. Mereka menyediakan rekaan, pembuatan dan pemasangan di bawah satu bumbung. Senang kan?

Siapa suka masuk IKEA dan berangan nak ada rumah mengikut contoh ruangan dalam gedung kelengkapan rumah terkemuka itu? Berita baik untuk korang kerana Livspace bekerjasama dengan IKEA untuk menjadikan rumah idaman satu kenyataan.

Kenapa kena pilih Livspace x IKEA?

IKEA interior

Advertisement

Jenama yang dipercayai

Sebagai jenama nombor 1 Asia untuk hiasan dalaman rumah, Livspace kini didapati di 4 negara dan 32 bandar seluruh dunia. Antaranya Singapura, Arab Saudi, India dan semestinya Malaysia. Setakat ini Livspace telah bekerja dengan ribuan pereka hiasan dalaman dan kontraktor bertauliah.

Proses lancar, pelanggan puas hati

Livspace telah mereka, membina dan melengkapkan kediaman lebih 50,000 pelanggan seluruh dunia. Jangka masa untuk setiap proses akan dimaklumkan kepada pelanggan bagi memastikan pelanggan sentiasa dikemaskini mengenai kediaman mereka.

Kerjasama dengan IKEA

Siapa yang tak kenal IKEA kan?Gedung kelengkapan rumah popular yang menjadi kegemaran ramai kerana nilai estetika, fungsi dan harga berpatutan. Sukakan perabot IKEA? Bayangkan gabungan idea dan kolaborasi dengan Livspace, korang pasti berpuas hati.

IKEA interior

3 langkah ke arah kediaman impian oleh Livspace x IKEA

Advertisement

1.Rekaan: Pereka dalaman dari Livspace akan mendapatkan pandangan korang dalam merancang kediaman terbaik.

2.Pembinaan: Pakar dari Livspace akan membina rekaan dalaman rumah dan memastikan segalanya berjalan lancar.

3.Kemasan perabot: IKEA akan menyediakan kelengkapan rumah dengan rekaan berestetika, berfungsi dan bermutu tinggi untuk melengkapkan rumah impian korang.

Ubah suai rumah lebih mampu milik

Yuran tempahan untuk Livspace x IKEA menawarkan yang terendah di pasaran, bermula dari hanya RM2,000*. (Yuran tempahan atau deposit adalah 10% dari nilai pengubahsuaian rumah.)

Pelanggan juga menikmati manfaat dari IKEA antaranya IKEA 365-Day Return, IKEA Guarantee dan 5% diskaun untuk perabot IKEA bagi ahli IKEA Family.

Peluang menang hadiah bernilai lebih RM100,000!

Livspace kini dilancarkan di Malaysia dan korang boleh jadi yang terawal menjadi platform hiasan dalam rumah nombor 1 Asia denga kerjasama IKEA. 

Apa yang lagi mengujakan, korang berpeluang menang hadiah bernilai lebih RM100,000 termasuk makeover rumah bernilai RM50,000. Hanya perlu tempah pengubahsuaian rumah dengan Livspace dengan nilai minimum RM20,000, dan makeover rumah idaman RM50,000 mungkin menjadi milik korang!

Goodie bag dengan baucar pengubahsuaian rumah bernilai RM500 juga akan menjadi milik korang jika datang berjumpa dengan pereka Livspace x IKEA untuk berbincang mengenai rumah impian.

Kenali lebih dekat Livspace x IKEA

Bila cakap pasal rekaan dalam rumah ni, lebih senang untuk melihat sendiri depan mata. Boleh tengok saiz, kesesuaian, warna, keselesaan dan bermacam lagi dengan lebih dekat. Untuk itu, korang boleh lawati Livspace x IKEA di gedung IKEA Cheras dan IKEA Damansara.

Info lanjut boleh didapati di SINI.

The post Menangi Makeover Rumah Bernilai RM50,000, Siap Perabot IKEA! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments