Perkongsian seorang lelaki di media sosial TikTok baru-baru ini telah berjaya mengundang perasaan sebak dalam kalangan netizen apabila dia dilihat telah mengajak seorang ‘rider’ penghantar makanan untuk berbuka di rumahnya.
Apa yang mendatangkan perasaan sayu apabila reaksi ‘rider’ tersebut yang pada mulanya enggan untuk berbuka puasa sekali kerana malu namun akhirnya bersetuju.
Kedua-duanya sempat berborak ketika waktu iftar dan di hujung video, tuan rumah telah memberikan sejumlah wang sebagai tanda penghargaan dan juga ‘duit raya’ kepada ‘rider’ berkenaan.
Suasana menjadi sayu apabila ‘rider’ itu dilihat begitu terharu dan terus saja memeluk tuan rumah sambil menitiskan air mata.
Video itu kemudiannya menjadi tular dan rata-rata netizen turut berasa sedih mengenangkan pengorbanan ‘rider’ penghantar makanan yang berhujan panas demi melaksanakan tugas pada setiap hari.
Anda telah membuat seorang insan berasa bahagia. Terbaik. – netizen.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji tindakan murni lelaki itu yang menggembirakan hati orang lain ketika bulan Ramadan ini.
The post (VIDEO) “Sayunya..”- Ajak ‘Rider’ Berbuka Puasa Sekali, Reaksi Lelaki Ini Undang Sebak Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments