Bagi anda di luar sana yang memiliki haiwan peliharaan, pastinya sedikit pening untuk meninggalkan ‘cik bulus’ di rumah jika perlu berjalan jauh atau lama.
Kadang-kadang tu, ada yang pasrah dengan membawa haiwan peliharaan seperti kucing untuk bersama-sama pulang ke kampung.
Dan pastinya, kucing akan meragam dan ‘mengiau’ sepanjang perjalanan kerana tidak biasa dengan keadaan atau persekitaran di dalam kereta.
Berikutan itu, seorang individu telah berkongsi di TikTok mengenai tips dan panduan bagi memudahkan pengembaraan bersama si bulus ketika pulang ke kampung.
Antara tips, anda boleh ‘puasakan’ kucing korang dahulu sebaiknya 12 jam sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan haiwan peliharaan berasa mual sepanjang perjalanan.
Selain itu, sediakan ‘treats’ atau snek buat si bulus dan menyediakan ‘calming spray’ atau ‘catnip’ bagi tujuan untuk menenangkan kucing anda yang gelisah atau tidak tenang.
Selamat mencuba!
The post Bawa Kucing Balik Beraya? Ini Tips Elak ‘Huru-Hara’ Dalam Kereta Sepanjang Perjalanan Balik Kampung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments