#Hiburan: “Jangan Beli!” – Individu Kongsi Senarai ‘Scammer’ Jual Baju Raya, Ada Yang Dah Terkena?

Sebuah perkongsian daripada pengguna Twitter mungkin dapat membantu anda menjawab persoalan mengapa anda masih belum mendapat baju raya yang dibeli secara ‘online’ di Instagram mahupun Facebook.

Individu ini telah mengumpul senarai ‘scammer’ yang menjual baju raya di media sosial bagi membantu netizen agar tidak tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Advertisement

Kata individu itu lagu, kebanyakan akaun ‘scammer’ itu mempunyai bilangan pengikut yang banyak dan meletakkan ‘feedback’ pembeli yang palsu di akaun media sosial mereka bagi menyakinkan orang ramai di luar sana.

Selain itu, individu itu juga memberi tips dan panduan bagaimana mengenal pasti akaun perniagaan tersebut ‘scammer’ atau tidak.

Advertisement

Antaranya dengan melayari laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM dan memasukkan nombor akaun atau nombor telefon penjual untuk semakan lanjut.

scammer baju rayaSumber : Twitter  

Paparan maklumat yang ditunjukkan laporan yang pernah dibuat bagi no akaun/no telefon terbabit atau tidak. Sekiranya ada, maklumat turut memaparkan bilangan jumlah carian yang pernah dibuat di mana ia menunjukkan kemungkinan cubaan penipuan pernah dilakukan.

Difahamkan juga peniaga ‘scammer’ ini boleh menukar ‘username’ akaun media sosial mereka bagi mengelakkan dikesan oleh pembeli yang terpedaya.

22 jam lalu

(VIDEO) “Sudah-Sudahlah Aniaya Orang..” - Peniaga Ditipu Pelanggan Order Untuk 60 ‘Pax’ Tapi Tak Datang

The post “Jangan Beli!” – Individu Kongsi Senarai ‘Scammer’ Jual Baju Raya, Ada Yang Dah Terkena? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments