#Hiburan: “Main Serbu Je..”- Paksa Tukar ‘Water Filter’ Tanpa Kebenaran, ‘Scammer’ Kutip RM2.2k Setiap Rumah

Sebuah perkongsian media sosial Twitter baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian netizen apabila individiu yang dikenali sebagai @avenfauzi memaklumkan mengenai kewujudan ‘scammer’ yang memaksa orang ramai untuk menukar penapis air di kediaman mereka.

Menurut lelaki itu, ibunya hampir ditipu sindiket terbabit yang difahamkan menerjah kediaman orang tuanya itu secara tiba-tiba sebelum dipaksa untuk menukar penapis air yang berada di luar rumah.

Advertisement

Jelasnya lagi, modus operandi sindiket itu adalah dengan memasuki rumah tanpa kebenaran dan terus ‘memotong’ air sebelum memaksa tuan rumah untuk menukar penapis air yang baru.

Antara alasan yang dipakai ialah air terlalu kotor dan tidak sah digunakan untuk wuduk.

Advertisement

Selain itu, harga penapis air yang ditawarkan juga amat mahal iaitu sebanyak RM2,200 satu.

water filterSumber : Twitter  

Malah, lelaki itu turut diugut untuk disaman berikutan tularnya pendedahan mengenai sindiket penipuan penapis air ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan respon di mana kebanyakan mereka juga pernah mengalami kejadian yang sama seperti lelaki itu.

water filterSumber : Twitter  

“Mak aku pun pernah kena, water filter dalam rumah. Dia masuk cakap nak survey pasal water filter, dia terus pasang baru. Dah pasang tu dia push suruh trade in yang lama dengan yang dia punya, suruh bayar sebulan RM100 x 3 tahun.” komen seorang netizen.

Berhati-hati ya guys! Bahaya betul suka hati terjah rumah orang ni.

ibu halang anak buat baik
2 hari lalu

"Letak Je Atas Meja Nanti Ada Kutip, Nak Jadi Pekerja Ke" - Ibu Perli Anak Tak Tunggu Staf Kutipkan Sampah

The post “Main Serbu Je..”- Paksa Tukar ‘Water Filter’ Tanpa Kebenaran, ‘Scammer’ Kutip RM2.2k Setiap Rumah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments