#Hiburan: (VIDEO) Pemuda Dapat ‘Result’ Cemerlang, Ibu Bapa Hadiahkan Kereta Mewah Jenama Mercedes

Setiap keluarga mempunyai pendapatan yang berbeza antara satu sama lain. Ada ibu bapa yang mampu memberikan kemewahan kepada anak-anak dan ada juga ibu bapa yang mampu memberikan sesuatu yang mencukupi bagi anak-anak sebagai penghargaan.

Walaupun begitu, ada sesetengah pihak yang dilahirkan dalam keluarga yang bertuah dan mampu menghadiahkan sesuatu yang mahal sebagai penghargaan kepada anak.

Advertisement

Itulah perkongsian di TikTok yang dimuat naik oleh neeyamuhamad, di mana hadiah yang diperolehi oleh seorang pemuda berusia 22 tahun itu berjaya menarik perhatian warganet di media sosial tersebut.

Menerusi video itu, remaja lelaki yang merupakan anak sulung itu berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam pelajarannya telah dihadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes AMG 45 oleh keluarganya.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi komen yang positif dan mengucapkan tahniah atas kejayaan remaja berikut dan ramai yang mengharapkan supaya remaja itu kekal cemerlang dalam pelajaran.

Sivert CNN
2 bulan lalu

Ibu Beri 'Hadiah' Wang Hampir RM8K, Ganjaran Anak Tak Main Media Sosial Selama 6 Tahun

The post (VIDEO) Pemuda Dapat ‘Result’ Cemerlang, Ibu Bapa Hadiahkan Kereta Mewah Jenama Mercedes first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments