#Hiburan: (TAKZIAH) Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Meninggal Dunia

Bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang dikenali sebagai Ghazi dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

(TAKZIAH) Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Meninggal Dunia

Berita duka itu dikongsi isteri kepada usahawan tersebut, Datin Shahida yang memuat naik ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Dukacita saya maklumkan, bekas kakitangan saya yang amat saya sayangi, seperti adik saya sendiri, Muhammad Ghazali Bin Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.”

Pemergian arwah turut mengundang kesedihan usahawan kontroversi, Nur Sajat yang tampil berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham.

“Salam Takziah Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiuun Al-Fatihah buat rakan ku @ghazi_ml Seoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Salam takziah.”

Dalam pada itu, seorang lagi rakan kepada Allahyarham yang juga bekas kakitangan Aliff iaitu Melati turut berkongsi berita arwah dalam keadaan tenat disebabkan apendiks telah pecah dan kuman khabarnya telah merebak ke paru-paru.

“Disebabkan apendiks beliau pecah dan kuman dah merebak ke paru2 beliau.. semoga beliau di beri kekuatan dan kesembuhan.”

Terdahulu, Allahyarham Ghazi menarik perhatian ramai dan menjadi tanda tanya pengikut Aliff apabila difahamkan telah mengundurkan diri sebagai pembantu peribadi usahawan itu tempoh hari.

Sumber: Murai


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments