Pelakon Zul Ariffin tampil menafikan dakwaan sesetengah individu yang menyatakan dia adalah punca aktres intan Najuwa putus tunang bersama Razrul Anwar Rusli seperti yang dilaporkan sebelum ini.
View this post on InstagramAdvertisement
Ujar Zul yang ditemui media, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai status terkini hubungan pelakon wanita itu bersama bekas tunangnya sehinggalah dia diberitahu oleh media.
Pelakon filem Sangkar ini turut berkata bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk menjadi punca perpisahan tersebut.
View this post on Instagram
“Bukan saya tak ada kerja lain nak jadi punca perpisahan Intan dan bekas tunang dia. Lagipun sebelum ini, isu melibatkan kami berdua disebabkan drama gandingan kami dan saya pun tak baca mengenai berita dia putus. Saya tak tahu pun (intan putus tunang), saya tahu ini pun sebab orang cakap.”zu
Advertisement
Tambah Zul lagi, dia kini seolah sudah lali dengan cerita daripada netizen dan media yang mengaitkan dirinya dengan pelbagai benda.
Sehubungan dengan itu, Zul kini sudah tidak kisah kerana ini bukan kali pertama dia dikaitkan dengan cerita yang langsung tiada kaitan dengan dirinya.
Terdahulu, Intan Najuwa telah mengesahkan bahawa hubungan dia dengan bekas tunangnya telah pun berakhir ketika menjawab soalan peminat menerusi segmen ‘Ask Me Question’ di laman Instagram miliknya.
Intan dan Razrul sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.
The post “Saya Pun Tak Tahu Dia Dah Putus..” Zul Ariffin Nafi Jadi Punca Intan Najuwa Putus Tunang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments