#Hiburan: Muat Naik ‘Posting’ Antivaksin, Polis Pantau Laman Sosial Bekas Pelakon Lelaki

Baru-baru ini kecoh apabila seorang bekas pelakon dikatakan menyebarkan fahaman anti vaksin di media sosial. Memetik laporan Kosmo! Online, laman sosial milik ‘bekas pelakon lelaki’ itu sudah mula dipantau oleh pihak polis hari ini.

Datuk Mior Faridalathrash Wahid sebagai Ketua Polis Perak dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya akan meneliti kes dan membuat siasatan yang lebih lanjut sekiranya didapati hantaran yang dibuat pelakon berusia 48 tahun itu boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Advertisement

Gambar AP

Kata Mior lagi, sehingga sekarang masih tidak ada laporan polis yang diterima berkaitan isu ini.

Kita akan lihat perkara itu (hantaran di laman sosial), jika benar ia menggugat ketenteraman awam dan masyarakat, maka tindakan boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang.
Setakat ini belum ada laporan lagi ke atas pelakon itu dari mana-mana individu. Jika ada, kita akan ambil tindakan.

Isu yang membabitkan seorang bekas pelakon komedi itu katanya telah ‘viral’ dan menjadi bualan netizen apabila lelaki itu dilihat secara terang-terangan menolak suntikan vaksin Covid-19 yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Hantaran yang telah dimuat naik di laman sosial miliknya itu turut mendapat bermacam-macam reaksi daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal.

The post Muat Naik ‘Posting’ Antivaksin, Polis Pantau Laman Sosial Bekas Pelakon Lelaki first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments