Pasti ramai yang terkejut dengan khabar angin yang berterbangan kelmarin di serata media sosial yang mengatakan bahawa Noor Nabila kini sudah bertunang dengan Engku Emran selepas dilihat hadir usrah bersama.
BACA: Hadir Bersama Untuk Sesi Usrah, Noor Nabila Dan Engku Emran Didakwa Sudah Bertunang
Kakak kepada Neelofa itu dikatakan mula rapat dengan lelaki tersebut dek sama-sama berkongsi hobi sukan berbasikal. Malah mereka juga dilihat sudah beberapa kali kayuh bersama-sama.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, daripada tinjauan di laman Instagram, didapati bahawa Nabila mengikuti Engku Emran namun lelaki itu dilihat tidak mengikutinya semula.
Walaubagaimanapun, Nabila memilih untuk mendiamkan diri daripada memberikan sebarang komen menurut laporan Berita Harian.
“Saya belum ada apa-apa nak komen sekarang.”
Sama padan dan secocok, ramai yang ternanti-nanti status sebenar kepada hubungan di antara Engku Emran dan Nabila kini. Apa pun, kita nantikan sahaja kenyataan daripada mereka.
The post Dikhabarkan Bercinta Dengan Engku Emran, Ini Respon Noor Nabila first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments