Primadona filem Melayu, Erra Fazira mengakui belum sempat bertemu dengan puteri tunggalnya, Engku Aleesya sejak bekas suaminya berkahwin.
BACA: ‘Sejuk Mata Memandang’ – Tampil Sopan Berselendang, Engku Aleesya Curi Tumpuan
Memetik laporan Gempak, Erra yakin anaknya itu pasti okay sahaja tambahan pula dia sudah menyayangi adik barunya, Jebat Jayden.
Saya masih belum berjumpa Aleesya sejak dia dapat mak baru ini disebabkan masa yang belum mengizinkan.
Tapi saya sangat pasti yang dia okay sahaja, dia sayang adik baru dia Jayden, jadi saya rasa perkara ini tidak memberi masalah untuknya, setakat ini dia gembira sahaja, syukur Alhamdulillah.
Tambah Erra lagi, meskipun baru berusia 11 tahun, anaknya itu sudah matang dan faham mengenai institusi perkahwinan. Aleesya juga bersikap positif sahaja mungkin kerana sudah mempunyai pengalaman sama sebelum ini.
Saya rasa Aleesya matang dan tahu apa itu institusi perkahwinan, tanggungjawab ibu baru, tanggungjawab anak kepada ibu, tak kiralah ibu kandung atau ibu tiri.
Di kesempatan itu, pelakon Gerak Khas The Finale ini turut menitipkan pesanan buat Aleesya supaya menjadi anak yang solehah buat ayah serta ibu, Nabila.
Saya hanya nak ucapkan untuk anak saya, semoga Aleesya menjadi anak yang solehah, baik dan taat tentunya kepada ayahnya dan juga ibu Nabila.
Aleesya harus saling menyayangi dalam keluarga yang besar itu, be good anakku, make your Mom proud of you.
Ketika ditanya mengenai perkembangan hubungan bekas suami dan Noor Nabila, Erra mengakui tidak tahu sebelum pasangan itu berumahtangga. Katanya lagi, dia tahu siapa Nabila tetapi tidak mengenalinya secara dekat, Malah, mereka pernah berjumpa hanya sekali sahaja.
The post ‘Be Good Anakku, Make Your Mom Proud Of You’ – Pesanan Erra Fazira Untuk Engku Aleesya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments