#Hiburan: Setengah Jam Cari Kad Vaksin, Gadis Sebak Pak Cik Tua Terketar-Ketar Kena Tahan Guard ‘Mall’

Sebuah perkongsian gadis yang dikenali sebagai @_kaksue di aplikasi TikTok telah mengundang sebak netizen apabila dia ada memuat naik video seorang warga emas yang dilihat bersusah payah mencari kad vaksinasi untuk masuk ke dalam sebuah pasar raya.

Warga emas tersebut dilihat terkial-kial mencari kad vaksinasi miliknya untuk ditunjukkan kepada pengawal bertugas seperti yang diunjurkan dalam SOP COVID-19 di negara ini.

Advertisement

Kata gadis tersebut, warga emas itu dilihat mengambil masa 30 minit untuk mencari kad vaksinasi dan dia kemudiannya mempersoalkan hati budi pengawal keselamatan bertugas kerana memikirkan kemungkinan pak cik tersebut tidak celik IT.

Malah, dia turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap terlampau tegas pengawal tersebut sehinggakan warga emas itu kelihatan tidak berdaya dan terketar-ketar.

Advertisement
Komen TikTokSumber : TikTok 

Difahamkan pengawal keselematan tersebut merupakan warga negara asing dan keperluan meminta kad vaksinasi itu adalah wajib kerana kerajaan kini tidak lagi menyarankan pendaftaran secara manual iaitu menulis dalam buku seperti sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berharap kelonggaran dapat diberikan kepada warga emas memandangkan mereka tidak begitu memahami dan celik IT seperti golongan belia.

mengidam naik stroller bayi
17 jam lalu

"Tak Segan Ke?" - Wanita Mengidam Naik 'Stroller' Bayi, Netizen Kecam Kata 'Attention Seeker'

The post Setengah Jam Cari Kad Vaksin, Gadis Sebak Pak Cik Tua Terketar-Ketar Kena Tahan Guard ‘Mall’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments