Pelakon kanak-kanak yang makin meningkat dewasa, Puteri Balqis mengakui bahawa dia lebih baik menjalani hidup tanpa ketiadaan bapa kandung di sisi.
Ujar Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi,15, bapanya itu sudah lama menghilang dan kini dia hanya bergantung harap pada ibu kesayangan.
Ceritanya lagi, kali terakhir dia berhubung dengan Azizi ketika dia berumur 10 atau 11 tahun.
Ayah lama menghilang, kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun. Kami tak berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik.
Balqis yang ditemui media memaklumkan bahawa dia sangat terluka dengan kelakuan bapanya dan menganggap tiada apa lagi yang perlu dipertahankan antara dia dan Azizi.
Apa yang dia buat, sakit. Jadi saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘chemistry’ sudah tiada. Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya complete, tak rasa missing.
Katanya lagi, dia kini sudah cukup bahagia dengan kehidupan bersama ibu dan juga pengurus peribadi dan sudah pun berdamai dengan realiti tersebut.
Sekadar info, ibu dan bapa Balqis telah berpisah ketika dirinya masih kecil namun status penceraian pasangan itu tidak dapat dipastikan kerana ianya tidak pernah diceritakan kepada umum.
The post “Hidup Saya Dah ‘Complete’..” – Bapa Lama Hilang, Puteri Balqis Akui Lebih Bahagia Bersama Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments