#Hiburan: Tular Video Lelaki Kelar Leher Wanita, Kecewa Cinta Kena ‘Reject’ Mentah Mentah?

Tular sebuah rakaman di TikTok menunjukkan seorang lelaki menjadikan seorang wanita sebagai tebusan sambil menghulurkan pisau di lehernya.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Surat, India pada jam 6 petang, Sabtu lalu. Lelaki berusia 22 tahun itu dan wanita terbabit merupakan rakan sekolej.

Advertisement

Laporan media tempatan India mengatakan bahawa lelaki bernama Fenil Goyani itu sebelum ini pernah meluahkan perasaan selepas sekian lama merahsiakannya.

Bagaimanapun, wanita tersebut, Grishma Vekariya, 21, tidak merasakan hal yang sama dan enggan menerima cintanya.

Disebabkan itu, dia berasa tidak berpuas hati kerana wanita terbabit ‘reject’ dan bertindak di luar kawalan seperti di dalam video.

Advertisement

Orang ramai yang berada di tempat kejadian dikatakan telah cuba memujuknya untuk melepaskan wanita itu.

Namun, Fenil kemudian membunuhnya dengan mengelar leher wanita itu.

Selepas berbuat sedemikian, Fenil dilaporkan cuba membunuh diri dengan meminum racun serta mengelar pergelangan tangan.

Suspek yang telah ditahan pihak polis itu kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki terbakar rupanya nak bunuh diri
4 jam lalu

Bakar Diri Sebab Kecewa 'Ex' Ada Pengganti, Pemuda Dilaporkan Meninggal Dunia

The post Tular Video Lelaki Kelar Leher Wanita, Kecewa Cinta Kena ‘Reject’ Mentah Mentah? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments