#Hiburan: Dituduh ‘Propa’ Kerana Tak Sihat, Diva AA Kecam Tindakan Iqbal Tak Hadir Sidang Media Big Stage 2022

Pengacara sensasi dan penuh kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyelar sikap usahawan yang juga penyanyi Iqbal Zulkefli kerana tindakannya tidak menyertai sidang media program nyanyian Big Stage 2022 setelah dirinya tersingkir pada minggu pertama, Ahad lalu.

Memberi alasan masalah kesihatan, Diva AA mengecam dan mempersoalkan Iqbal yang dirasakan berpura-pura tidak sihat kerana takut dikecam media berikutan penyingkirannya itu.

Advertisement

Gelupuhhh mencelanak larikkk? Ya kerr tak sihat or ko takut kena kecam direct by press? Malu lah weiiii! Udoh udoh lah drama bodohhh ko! Gthhh Puiii

Diva AA meluahkan perasaannya itu menerusi sebuah hantaran di Twitter miliknya dan meminta agar bekas kekasih jutawan kosmetik Dato’ Seri Vida itu agar berhenti melakukan drama ‘bodoh’ dan mempunyai sedikit rasa malu dalam diri.

Advertisement

Terdahulu, Iqbal dilaporkan tidak dapat menghadiri sidang media program nyanyian tersebut kerana terpaksa bergegas pulang gara-gara mengalami masalah kesihatan.

Iqbal yang menjadi peserta pertama tersingkir dari Big Stage 2022 hanya mendapat markah sebanyak 9.2% turut menerima komen ‘pedas’ dari juri profesional iaitu Ajai yang menyifatkan dia hanya mempunyai duit yang banyak namun tidak mempunyai bakat sebagai seorang penyanyi.

Big stage iqbal
6 hari lalu

Dikecam Hebat, Produksi Big Stage 2022 Dedah Sebab Iqbal Zulkefli Dipilih Sebagai Peserta Ke-12

The post Dituduh ‘Propa’ Kerana Tak Sihat, Diva AA Kecam Tindakan Iqbal Tak Hadir Sidang Media Big Stage 2022 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments