Pelakon baru Sharifah Rose mencetuskan kontroversi dan menerima kritikan hebat netizen di media sosial sejak dia mengumumkan perniagaan barunya.
Seorang netizen telah mendakwa Rose meniru nama serta reka bentuk jenamanya, Sekuntom.
BACA: “Nama Sama Ejaan je Lain”- Bisnes Baru Sharifah Rose ‘Ciplak’ Jenama Tempatan?
Selepas berdiam diri beberapa hari, pelakon drama Kekasih Mr Bodyguard itu akhirnya bersuara dan memberikan penjelasan tentang isu berkenaan.
Menerusi Instagram, Rose berkata sebagai seorang pendatang baru, dia akui banyak benda perlu dipelajarinya dan sentiasa memperbaiki kekurangan diri.
Dia juga akui tidak tahu tentang jenama tempatan tersebut sebelum melancarkan teaser di Instagram.
Pada awal mula pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan. Cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di IG.”
Jelasnya lagi, pemilihan nama Sekuntum itu adalah kerana ia sangat dekat dengannya kerana dirinya dipanggil dengan gelaran itu oleh keluarga.
The post “Saya Hanya Tahu Kewujudan Jenama Yang Diperkatakan Itu Selepas Lancar Teaser Di IG” – Sharifah Rose first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments